Sabtu, 18 Julai 2015

Kos 'Pregnancy Check-Up' di DEMC

Masih berkisar berkenaan hal ehwal mengandung.....hari ni 'mommy to be' nak share berkenaan kos 'pregnancy check-up' di hospital swasta.

Terlebih dahulu saya mohon maaf jika ada yg tersalah tafsir berkenaan tujuan saya share perkara ni. Jauh sekali untuk saya menunjuk riak sebab berpeluang dapat bersalin di hospital swasta tetapi saya rasa ramai sangat 'mommy to be' kat luar sana yg tercari-cari info ini. Sbb, saya juga begitu sewaktu diawal-awal pregnant dulu...semasa nak decide nak memilih utk bersalin kat mana.....google disana-sini tapi hasilnya tak berapa nak dapat info yang betul. So, saya harap entri saya kali ni dapat jugak jadi rujukan kepada semua ye....

Ini merupakan kandungan saya yg ke-4. Sebelum ni ketiga-tiga anak saya dilahirkan di SJMC....tapi itu cerita berbelas tahun yg lepas so harga bersalin kat hospital swasta pada ketika itu tidak lah berapa mahal sangat jika nak dibandingkan dgn sekarang. Ketiga-tiga anak saya dilahirkan secara normal dan kos bersalin di SJMC pada ketika itu ialah RM2500 (tahun 2002), RM3000 (tahun 2005) dan RM4000 (tahun 2009). Seingat saya masa mengandungkan anak ke-3, kos check-up di SJMC tidak melebihi rm250 utk setiap kali visit bersama Dr Siti Zaleha. Namun begitu, utk tahun 2015 ini saya telah mendapatkan sedikit info berkenaan kos bersalin di SJMC dan info nya spt berikut ;

Normal Delivery : RM6000 (minimum)
Caesarian :  above RM9000

Dan pastinya saya merasakan kos pregnancy check-up setiap bulan juga melebihi RM250 !

So, disebabkan saya kini juga telah berpindah menjadi warga Shah Alam, saya google mencari hospital swasta yg lain untuk bersalin nanti. For me, SJMC dan gynae Dr Siti masih yg terbaik namun disebabkan oleh kos yg agak tinggi, saya terpaksa memilih utk bersalin di hospital yg lain kerana jarak 6 tahun from my last pregnancy membuatkan saya memerlukan kewangan yg sedikit lebih utk membeli segala persiapan baby sbb barang2 baby sebelum ni semua dah disedekahkan kepada org lain....hehe.

Hasil membuat kajian lengkap berkenaan kos bersalin juga jarak ke hospital serta kemudahan yg disediakan....kali ini saya memilih utk bersalin di hospital pakar DEMC (Darul Ehsan Medical Centre) yg terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam. Jaraknya kurang 15km dari rumah ....banyak route yg blh dilalui dlm keadaan emergency so saya rasa ini pilihan yg terbaik utk saya kali ni. Entri kali ni saya share pasal kos pregnancy check-up sahaja.....nanti dah bersalin saya share lagi pasal pengalaman dan kos bersalin di DEMC ni ye.

Mulanya saya hanya melakukan check-up di klinik family berhampiran tempat tinggal sahaja. Seawal kandungan 6 minggu, saya dah buat check-up di klinik tersebut. Sempatlah dalam 4x check-up dan kos check-up di klinik ini dalam RM60 ~ RM100 utk setiap kali lawatan.

Saya mula buat check-up di DEMC (Dr Mazita) waktu kandungan berusia 20 minggu. Rujuk senarai di bawah untuk kos pregnancy check-up saya di DEMC sehingga yg terakhir pd kandungan berusia 35 minggu ++.

1st check-up (20 wks) : Consultation, Scan rm230 & Blood Test rm250. Total : RM480
2nd check-up (23 wks) : 4D Scan - RM350
3rd check-up (25 wks) : Consultation & Scan - RM220
4th check-up (29 wks) : Consultation, Scan & Glucose Test - RM250
5th check-up (33 wks) : Consultation, Scan & Dexa Injection - RM290
6th check-up (35 wks) : Consultation*, Scan & Low vagina swab test - RM240
                      (Consultation* = Diperiksa oleh doctor gantian kerana Dr Mazita bercuti)
7th check-up (37 wks) : Consultation & Scan - RM220

Next check-up adalah pada minggu depan at 38 wks but hope itu yg terakhir dan saya dpt bersalin sebelum Hari Raya. Yelah, risau plak takut kena beraya di hospital plak nanti...huhu

Jadi begitulah kira-kira nya kos pregnancy check-up utk rujukan kengkawan semua jika nak memilih utk bersalin di DEMC. Next nanti kita share pasal cost bersalin pulak ye...

Doakan proses bersalin saya nanti dipermudahkan.....insyaallah




1 ulasan:

  1. nak tanya di hospital SJMC sebelum ni, macam mane urusan uri ye? dieorg handle pembersihan uri x?

    BalasPadam